Articles by "Kluster"

Showing posts with label Kluster. Show all posts

SMT TUANKU JA'AFAR, Seremban - Sekolah Kebangsaan Sena muncul Naib Johan Persembahan Terbaik dan Projek Terbaik Keseluruhan dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Sekolah Kluster Kecemerlangan yang diadakan di sini pada 19 - 21 Mei 2012 melalui projek yang bertajuk MEDIASENA: Teknologi Untuk Pendidikan Holistik. Pertandingan tersebut yang diadakanWartawan MEDIASENA, Nadine Qathira dalam sesi temubual bersama Tn. Hj. Sufa'at semasa lawatan ke booth Pertandingan Rekacipta dan Inovasi SKK 2012 

WARTAWAN MEDIASENA, NADINE QATHIRA DALAM SESI TEMUBUAL BERSAMA TN. HJ. SUFA'AT SEMASA LAWATAN KE BOOTH PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI SKK 2012 sempena Karnival Kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2012 turut menampilkan beberapa acara lain seperti Pameran Kebitaraan, Klinik Smart Solar, Klinik IronCAD, Klinik TiffinCAD dan banyak lagi. Salah seorang murid SK Sena, Aidiel Danish bin Zulkifli dari Tahun 6 Cenderawasih turut menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Google SketchUp yang diadakan dalam Klinik TiffinCAD. Karnival Kebitaraan 2012 tersebut yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pelajaran Malaysia telah dikelolakan oleh Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg Dato' Sri Abd Ghafar bin Mahmud yang telah diwakili oleh YBhg Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan). 

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Pengarah BPSBPSK, YBhg Tn. Hj. Rosland bin Hussein. Dalam majlis tersebut, Tn. Hj. Sufa'at telah menyampaikan sijil dan hadiah-hadiah kepada para pemenang Pertandingan Rekacipta dan Inovasi yang diadakan sempena karnival berkenaan. Selesai perasmian, semua tetamu yang hadir dibawa melawat ke booth pertandingan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dan gerai Pameran Kebitaraan yang melibatkan 43 buah Sekolah Kluster Kecemerlangan seluruh negara. Pelbagai projek kebitaraan bertemakan rekacipta dan inovasi telah dipaparkan seperti kenderaan solar dan amfibia, fertigasi tanaman, robotik, rekabentuk gimik dan portal pembelajaran elektronik. Majlis perasmian penutupan program yang berlangsung pada hari terakhir karnival telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Hj. Salleh bin Mohd Husein, ahli Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan. Beliau telah menyampaikan hadiah-hadiah kemenangan klinik yang diadakan sempena karnival 2012. 

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada BKSBPSK, serta SMT Tuanku Ja'afar kerana memberikan peluang kepada pihak sekolah untuk menjadi sebahagian daripada Karnival Kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2012, juga atas ruang yang diberikan kepada MEDIASENA untuk terlibat sebagai sebahagian daripada pasukan media yang bertugas membuat liputan dalam program yang dijalankan. Nantikan liputan program serta temubual MEDIASENA bersama Tn. Hj. Sufa'at, Dato' Hj. Salleh dan Dr. Hj. Mohamed Roseli bin Zainal Abidin, Pengarah UNESCO Humid Tropics Center Kuala Lumpur merangkap ketua juri penilaian Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Sekolah Kluster Kecemerlangan 2012 dalam Galeri Video SK Sena.

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK)


DEFINISI
Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan yang mengambarkan watak sekolah.

TUJUAN
Sekolah Kluster Kecemerlangan diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia di samping membangunkan sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah lain di luar kelompok dan seterusnya menjadi showcase di peringkat antarabangsa.

PELAKSANAAN
Sekolah yang terpilih sebagai SKK perlu dipimpin dan ditadbir oleh pengetua/guru besar cemerlang dalam peranan dan tanggungjawab yang dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah mereka. Antara peranan dan tanggungjawab tersebut ialah menyediakan Request for Proposal (RFP).

Setiap SKK diberi Peruntukan Khas Sekolah Kluster untuk membangun dan melonjakkan kebitaraan sekolah hingga berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. SKK boleh membelanjakan peruntukan tersebut mengikut empat komponen yang terdapat dalam RFP iaitu:
               I.        Aktiviti dan kejurulatihan;
              II.        Harta modal ICT dan bukan ICT;
            III.        Pengantarabangsaan; dan
            IV.        Penyelenggaraan.
SKK perlu menyediakan KPI mengikut keupayaan mereka dengan merujuk kepada panduan KPI oleh PPD, JPN dan KPM.

SKK perlu mempunyai satu bidang kebitaraan akademik dan satu kebitaraan kokurikulum untuk dibangunkan yang menjadi watak sekolah, dan seterusnya melonjakkan kebitaraan tersebut sehingga mencapai peringkat antarabangsa.

SKK akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah dalam kelompoknya dan perlu menyediakan dan melaksanakan piawaian serta penandaarasan berdasarkan KPI. Tindakan yang boleh diambil untuk mengekalkan kecemerlangan sekolah adalah dengan mengenal pasti dan melaksanakan amalan terbaik, menjalankan kajian impak dan mempromosi kejayaan kepada sekolah lain.

SKK perlu memainkan peranan dalam meningkatkan jalinan kerjasama dan jaringan antara sekolah cemerlang di dalam dan luar negara supaya sekolah ini menjadi showcase negara. SKK juga mengadakan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan, swasta atau NGO dalam dan luar Negara untuk membangunkan modal insan cemerlang minda kelas pertama.

SKK merintis perubahan dengan memperkenalkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan kajian tindakan dalam pelbagai bidang. Kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) banyak membantu SKK meningkatkan kecemerlangan SKK terutamanya dalam mengembangkan potensi sekolah, guru dan pelajar terutama dalam aspek kebitaraan yang berupaya mernyerlahkan watak sekolah.

Program Khidmat Masyarakat SKK membuka peluang kepada murid-murid SKK menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Di samping mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat setempat, program ini membantu murid-murid SKK agar lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dan bermotivasi tinggi juga sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat setempat.

KRITERIA PEMILIHAN SKK
Pemilihan SKK berdasarkan sembilan syarat generik yang telah dibuat penambahbaikan seperti berikut
   I.        Melaksanakan Penarafan Kendiri dengan menggunakan SKPM 2003 dengan pencapaian sekurang-kurangnya Tahap Cemerlang 80% dan ke atas;
    II.        Mematuhi syarat mininum akademik yang ditetapkan mengikut kategori dan tahap sekolah berdasarkan Syarat Pencapaian Akademik Calon SKK [Purata tiga tahun terakhir Gred Purata Sekolah (GPS)];
   III.        Mencapai kemenangan/kejayaan dalam aktiviti kokurikulum dalam tempoh tiga tahun terakhir (Tahap A dan B sekurang-kurangnya peringkat negeri dan Tahap C sekurang-kurangnya peringkat daerah);
  IV.        Memenangi anugerah kecemerlangan sekurang-kurangnya di peringkat negeri dalam tempoh tiga tahun terakhir (Tahap A dan B sekurang-kurangnya peringkat negeri dan Tahap C - sekurang-kurangnya peringkat daerah);
    V.        Sekolah menerima laporan audit tanpa teguran dalam tempoh tiga tahun terakhir;
  VI.        Tiada kes kehilangan harta kerajaan disebabkan oleh kecuaian pihak sekolah;
 VII.        Tiada pelanggaran punca kuasa yang mengganggu perjalanan program sekolah dan pengurusan pendidikan dalam tempoh tiga tahun terakhir;
VIII.        Semua kes pecah amanah/penyelewengan kuasa/tindakan tatatertib (Perintah Am Bab D) untuk tempoh tiga tahun terakhir (sekiranya berlaku dalam kalangan pengetua, guru besar dan guru) telah diambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan; dan
  IX.        Mengurus masalah 3M dengan berkesan (mampu mengurangkan) dalam tempoh tiga tahun terakhir.

SUMBANGAN SKK KEPADA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
SKK berperanan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan negara menerusi beberapa kaedah:
      I.        Menjadi model kepada sekolah berhampiran;
    II.        Menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan sekolah berhampiran; dan
   III.        Berkongsi kemudahan fizikal dan kepakaran dengan sekolah berhampiran.

Status Sekolah Kluster berjaya tingkat pengurusan, pencapaian Usaha Kementerian Pelajaran mengiktiraf sekolah cemerlang dengan menganugerahkan status Sekolah Kluster berjaya menyuntik semangat pengurusannya meningkatkan pencapaian. Kesungguhan mereka terbukti, antaranya ada sekolah luar bandar menjalin kerjasama pintar dengan sekolah di bandar bagi memacu kecemerlangan akademik dan kokurikulum. 

 Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Ashah Samah, berkata Sekolah Kluster yang menjadi penanda aras kecemerlangan menyeluruh itu memberi suntikan baru kepada pengurusan melakukan yang terbaik. Sebagai contoh, katanya, Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak mengadakan kerjasama pintar dengan komuniti setempat hingga melonjak kecemerlangannya dalam akademik dan kokurikulum. 


Beliau berkata, kesungguhan itu juga membolehkan sekolah berkenaan dianugerahkan Commonwealth Education Good Practice Award 2009. “Sekolah ini meletakkan penanda aras khusus untuk mencapai kejayaan dengan meningkatkan prestasi akademik dan memperkasakan kokurikulum, selain pembabitan ibu bapa dan masyarakat. “Kecemerlangan Sekolah Kluster juga terbukti menerusi rangkaian kerjasama akademik peringkat kebangsaan dan antarabangsa, di samping mempunyai kebitaraan dan kejayaan membanggakan. “Kami kagum dengan kesungguhan pihak pengurusan sekolah terbabit dengan memberi komitmen penuh membabitkan kerjasama semua pihak, termasuk alumni,” katanya kepada Berita Harian. 

Ashah berkata, usaha kerajaan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dengan mengiktiraf sesebuah sekolah mengikut kebitaraan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan. Menerusi fasa pertama dan kedua, katanya, masing-masing 30 sekolah diberi status Sekolah Kluster, manakala 60 lagi dalam fasa ketiga. “Antara syarat pemilihan Sekolah Kluster ialah kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan kemenjadian murid. “Kecemerlangan kepemimpinan sekolah, pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta program inovasi dan kreativiti yang sudah diterokai oleh sekolah. “Bagi kecemerlangan budaya sekolah serta kebitaraan (niche areas), ia membabitkan pelbagai aktiviti antaranya pancaragam, orkestra, rugbi dan pasukan beruniform,” katanya. Ashah berkata, pengukuran pencapaian berbeza mengikut kategori sekolah kerana gred purata sekolah (GPS) untuk Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia dinilai dalam tempoh tiga tahun berturut-turut. 

Beliau menjelaskan penilaian GPS bagi Sekolah Berasrama Penuh (GPS2.5), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (GPS3.5), Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Harian, masing-masing (GPS4.0). Pencapaian sekolah dalam tempoh berkenaan juga katanya, mensyaratkan 80 peratus ke atas pelajar lulus semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah atau kelulusannya menunjukkan peningkatan atau GPS pada paras 2.0. “Dalam memastikan usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dicapai, Sekolah Kluster digalak membantu meningkatkan sekolah lain menerusi pelbagai kaedah. “Sebagai contoh, sekolah berhampiran diberi peluang menggunakan kemudahan sumber di sekolah berkenaan, selain berkongsi kepakaran untuk dimanfaatkan bersama. “Kerjasama ini bagi melahirkan pelajar mempunyai minda kelas pertama, sekali gus melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara,” katanya.

Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Mohon perhatian semua SKK, supaya dapat menghantar  Laporan Kebitaraan Akademik (AK1-AK4) dan Laporan Jaringan & Jalinan (JJ1-JJ7) Sukuan KETIGA(3) tahun 2016 sebelum atau pada 10 NOVEMBER 2016.

Bagi sekolah yang menganjurkan program peringkat ANTARABANGSA DAN KEBANGSAAN, dimohon menghantar Laporan Keberkesanan Program Pengantarabangsaan dan Laporan Program Berimpak Tinggi dalam tempoh 2 minggu selepas program berlangsung .

Bagi Laporan untuk sukuan PERTAMA dan KEDUA masih terdapat SKK yang belum menghantar laporan berkaitan. Mohon semua SKK yang terlibat membuat TINDAKAN SEGERA. 

Kegagalan tuan untuk berbuat demikian, akan menyukarkan pihak Bahagian menyelaras dan menganalisis setiap program berkaitan yang telah dijalankan oleh SKK.


Sekian, terima kasih.

"Salam Sehati Sejiwa"

Sila klik di bawah (jika perlu) :-

SATU penyakit yang menghantui remaja sekarang adalah sikap putus asa atau cepat mengalah. Apabila gagal dalam percubaan pertama, sudah mengangkat bendera putih tanda sudah kalah. Sebagai contoh keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini yang gagal memperoleh sebarang A, mereka sudah merasakan diri lemah, dilahirkan sebagai orang yang tidak bijak dan tidak mahu berusaha untuk peperiksaan akan datang lantas menyerahkan kepada takdir. Sikap ini harus dijauhi oleh remaja. Islam mengajar umatnya agar tekun berusaha dan selebihnya bertawakal kepada Allah SWT. Namun Islam tidak menganjurkan umatnya berputus asa dan hanya mengharapkan maghfirah daripada Allah SWT semata-mata. 

Selain sikap berputus asa, sikap malas juga melanda remaja. Sikap malas ini pastinya adalah musuh bagi orang yang berjaya. Sikap ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, malas mendengar, malas berfikir dan malas bertindak. Malas mendengar nasihat orang lain, malas mendengar apa yang guru ajar di sekolah, malas mendengar ceramah-ceramah agama di masjid, malas mendengar perkara-perkara yang baik dan malas untuk berfikir hatta pada perkara yang mudah. Remaja yang sudah berpu­tus asa seringkali me­nyerahkan kepada nasib dan takdir. Hakikatnya sindrom inilah akan memandulkan otak remaja dari-
pada berfikiran kreatif, inovatif dan berwawasan. Profesor Datuk Dr. Syed Hussien Alatas ada menulis dalam bukunya The Captive Mind menyebut tentang sikap ‘bebalisme’. Bebalisme ini bukannya merujuk kepada bodoh, bangang atau apa jua menunjukkan kebingungan tetapi sindrom malas berfikir dalam kalangan remaja yang perlu diatasi supaya mereka bertindak lebih kreatif, berfikiran kritis dan inovatif dalam mencapai matlamat hidup. Malas berfikir dan bertindak ini turut dipengaruhi suasana pergaulan. 

Suasana pergaulan yang tidak dibatasi oleh syariat akan mengheret remaja ke kancah gejala sosial. Pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan remaja mempunyai kesan dalam me­ngubah hidup seseorang remaja. Apabila tersilap langkah dengan memilih kawan yang rosak, tidak mustahil remaja tersebut juga terikut-ikut jejak langkahnya. Maka cubalah sebolehnya remaja dapat memilih rakan yang baik, yang soleh yang boleh memandu kepada jalan kebenaran. Sebagaimana firman Allah SWT: “Sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, maka hendaklah kamu ikutinya dan janganlah mengikuti jalan-jalan lain, kelak akan porak-peranda kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan kepadamu agar bertakwa.” (Al-An’am, 6:153) Justeru, apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi remaja mithali seterusnya berjaya dalam hidup? Pertama pemikiran dan minda remaja perlu dicorakkan bagi memastikan kelangsungan pembangunan dan kemajuan negara. Kapasiti intelektual mereka perlu dijana sepenuh­nya. 

Dalam membentuk model mithali remaja, anjakan paradigma diperlukan bagi membolehkan mereka memahami, menghayati dan mengamalkan kepentingan serta ketinggian falsafah ilmu. Budaya pembelajaran sepanjang hayat, cintakan ilmu dan budaya iqra’ yang melibatkan proses mental yang tinggi hendaklah disemaikan ke dalam minda remaja yang adalah pewaris kebanggaan bangsa dan agama. Begitu juga dengan masa remaja sepatutnya mereka sebanyak mungkin mencari pengalaman untuk persediaan menempuh dunia yang lebih mencabar. Dunia hari ini tidak mempertaruhkan keperkasaan tetapi ketajaman fikiran untuk menentukan untung nasib seseorang. Tumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian dan sentiasa mempertingkatkan kemahiran insaniah seperti cara berkomunikasi dengan penuh beradab dan membina sahsiah diri yang terpuji. Imam Syafie R.A ada menyatakan bahawa: “Kamu tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan enam syarat: kecerdasan, semangat waja, rajin dan tabah, berkemam­puan, bersahabat dengan guru dan waktu yang lama.” Selain itu, keutuhan dalam aspek kerohanian juga perlu diberi perhatian. Ketajaman minda sahaja tidak cukup tanpa dipandu oleh nilai-nilai sahsiah agama yang dapat mendidik jiwa dan memandu remaja menjadi insan ­berakhlak. Pembangunan intelektual yang tidak diiringi dengan kekudusan rohani akhirnya akan melahirkan robot-robot yang begitu bijak di dalam menganalisis segala pengkajian dan maklumat tetapi realiti kosong jiwanya. Sabda Rasulullah: ”Sesempurna keimanan dalam kala­ngan kamu ialah mereka yang indah akhlaknya.” 

Ironinya, bekalan terbaik buat remaja untuk menjadi individu mithali dan contoh cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat adalah kepercayaan dan kepatuhan kepada Yang Maha Pencipta. Ini selaras dengan nasihat Luqman al-Hakim yang adalah mutiara berharga untuk dijadikan pusaka bermakna dalam kehidupan insan. Katanya, “Sesungguhnya kehidupan kita ini ibarat sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah ramai manusia yang karam di dalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, muatannya iman sedang layarnya pula adalah tawakal kepada Allah SWT.” Oleh itu, jati diri adalah benteng pertahanan kepada diri remaja. Benteng ini dibina daripada asas akidah yang mentauhidkan Allah dan Rasul. Apabila robohnya benteng pertahanan dalam diri remaja, sudah tentu ia akan mudah terpengaruh dengan dakyah dan ancaman daripada pihak yang sedang berusaha memesongkan akidah pegangan kepercayaan terhadap Islam. Justeru, tidak hairanlah ada dalam kalangan remaja Islam telah hilang keyakinan dan keimanan mereka kepada Islam. Kita tidak mahu remaja kita longlai, lembab tidak bermaya tetapi kita mahu lahirnya remaja yang bersemangat waja, berwawasan dan sihat. 

Sebagai remaja berpotensi mereka harus menjauhi penyakit malas, mudah berputus asa, cepat mengalah dan perkara-perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan sebagainya. PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Modul Program Permata Negara (Permata) perlu diserap ke dalam sistem prasekolah dan sekolah kebangsaan dalam membangunkan modal insan cemerlang negara pada masa depan. Wakil Wanita UMNO Perak, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin berkata, ini kerana modul pendidikan Permata diyakini dan berjaya melahirkan pelajar cemerlang dari peringkat paling asas. “Permata yang diasaskan isteri Presiden UMNO, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat amat berkesan dan merupakan satu pendekatan perkembangan diri yang sungguh menakjubkan. 

“Atas keberkesanan itu, kita berasakan program Permata harus diserap ke peringkat prasekolah dan sekolah kebangsaan kerana ia meliputi stimulasi minda, agama dan bakat kanak-kanak,” katanya. Beliau yang juga Ketua Wa­nita UMNO Bahagian Pasir Salak berucap membahaskan usul pendidikan, agama dan sosial pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2016 di sini hari ini. Dalam pada itu, Wan Norashikin juga mencadangkan kerajaan menambah pengambilan tenaga kerja dalam sektor kesihatan di samping mempelbagaikan peluang pekerjaan graduan kedoktoran, farmasi, pergigian dan pendidikan. Menurut beliau, usaha itu bagi menggalakkan graduan kedoktoran memulakan perniagaan atau klinik sendiri. “Sebagai contoh, dalam kawasan bandar pesakit hanya perlu mendapatkan khidmat konsultasi dengan doktor hospital kerajaan dan ubat-ubatan boleh diperoleh di farmasi berdaftar. Dengan cara ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban kerja dan kesesakan di hospital kerajaan,” katanya. 

BUTIRAN PROGRAM 

Masa : 9.30 am - 12.30 pm 
Tarikh : 23 Mei 2015 
Hari : Sabtu 
Tempat : Dewan SK (P) Methodist Ipoh 

PENGENALAN PROGRAM ABAKUS 
Abakus dinyatakan dalam Kokurikulum Matematik Sekolah Rendah. Abakus merupakan satu alat untuk menguasai kemahiran mengira. Menggunakan abakus sebagai model konsep untuk menguasai kefahaman nombor bulat, menambah dan mengira. Penggunaan pengiraan abakus adalah satu model Matematik untuk murid menguasai pengiraan secara aritmetik mental. Menggalakkan murid-murid mengira dengan pantas dengan menggunakan aritmetik mental. 

MATLAMAT PROGRAM ABAKUS 
Program ini bertujuan membolehkan murid-murid sekolah rendah menguasai pengiraan secara mental. Model pengiraan abakus adalah asas pengembangan pengiraan secara mental. Murid-murid akan bersaing sesama sendiri untuk menguji keupayaan menjawab soalan abakus dengan pantas dan tepat.

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.