Articles by "UPSR"

Showing posts with label UPSR. Show all posts

Tarikh: 4/4/12 
Masa: 12:15 pm 
Tempat: Dewan Terbuka MGS 
Aktiviti: Program "Perut Sihat" bersama VITAGEN 

Pada hari ini,pihak VITAGEN telah sudi berkunjung ke MGS untuk menganjurkan kempen terbaru mereka iaitu"Perut Sihat"bersama VITAGEN! Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah seperti kuiz kesihatan dan sebagainya. Di samping itu, pihak VITAGEN dengan bermurah hatinya telah menghadiahi setiap pelajar dengan sebotol air minuman kultur VITAGEN! Kami beharap agar pihak VITAGEN sudi berkunjng ke MGS lagi pada masa akan datang!

Once upon a time, deep in the woods stood a white creepy old house. People said that the house which is called ........ 'THE MANSION' is haunted!!!. Nonsense! I didn't believe the story until .................. One morning, my friends, Anne, Minty, Felicity and I went for a walk in the woods. 

Out of curiosity, I suggested that we venture deep into the woods. "Are you crazy?" shrieked Minty. "There's no way I'm going in there!" chirped in Anne. I'm going home!" cried Felicity, the scaredy-cat of the group. I shook my head, looking at Felicity. "Come on, just a peep," I piped. "Oh, all right," sulked Felicity. "Fine! Just a peep and that's it!" cried Anne and Minty. Just then, Felicity started crying like a baby. "FELICITY!!! Stop that, you cry-baby! shouted the three of us.Felicity sat down, sulking away. "Fine," mumbled Felicity. Then, we started our way into the woods. Deeper and deeper we went.By now, it's already late morning. Time seemed to tick by very fast. "Where's the house? How come we're not getting to it?" I wondered . 

On and on we walked, with sweating bodies, till we came to the house. "At last!" we shouted. We stared at the house in disbelief. "Wow! What a creepy old house!" cried Anne. The house was white, with creepy plants climbing all over. "It must have been a long time since anyone lived here," I wondered. We walked right up to the house. Felicity was clinging on tightly to Minty, shivering in fear. I was the first at the door. I reached for the doorknob but before I could do so, the door suddenly opened by itself, making a creaky sound.. We walked straight in, with Felicity clinging on tightly to me. "I'm really scared," wailed Felicity. "Let's get out of here, it's really creepy!" exclaimed Minty. We walked around the house looking around. It was rather dark and gloomy with cobwebs hanging everywhere. Luckily we brought along a torchlight. 

We could see a few big portraits hanging on the wall. Their eyes were as if staring at us. Suddenly, Felicity tripped over something and fell down. Anne helped her up and I shone the light to whatever that tripped Felicity. To our horror, we saw a hand's bone! All of us screamed our lungs out! As fast as lightning, we ran up the winding stairs, without stopping to look behind. "Wow! Look at all these rooms. How many are there? Look at this one, it's even bigger than my living room!" exclaimed Minty. While looking at the room, I could sense something eerie about it. Suddenly, 

I could feel something walked passed behind me. I turned around but there was no one. "What's wrong?" Minty asked. "Oh, nothing," I answered, saying nothing so as not to frighten them, especially Felicity. They continued on exploring a few more rooms. "I think it's better we get out of here before something bad happen to us!" cried Anne. "Yeah, let's go," yelled Felicity. "No, don't go yet. I think I saw something".

Once upon a time, there lived a beautiful princess named Princess Diana. She loves to sing. She also loves to help people especially the poor. She has the heart of gold. She lives in a big castle with her parents who are the King and Queen of the kingdom. 

Princess Diana has never gone out of the castle before as her parents were scared the outside was too dangerous for her. All those years, she was kept entirely in the castle only. One fine day, Princess Diana was looking out of the window from the castle. "Oh, how I wish I could go out and see what is outside the castle," she exclaimed. Suddenly, she saw a bird perching on the window. "Hello there, little birdie. How beautiful you are," said Princess Diana. "How I wish I'm like you, to be able to fly freely". 

All of a sudden, the bird opened its beak and said," Hi there, Princess, Nice to meet you. I'll be able to help you to venture outside, if you like to," said the bird. "Oh, thank you. What should I do?" asked the Princess. "All right, you need to come out and go to the garden. I'll wait for you there!" cried the bird. With that, Princess Diana quickly rushed out of the castle and ran to the garden . 

Sure enough, she saw the bird sitting on a tree branch, was waiting for her. The bird told her to follow him. Princess Diana followed the bird until to a town. Suddenly, the bird was nowhere to be seen. Princess Diana was all alone in the town. She could see

Status Sekolah Kluster berjaya tingkat pengurusan, pencapaian Usaha Kementerian Pelajaran mengiktiraf sekolah cemerlang dengan menganugerahkan status Sekolah Kluster berjaya menyuntik semangat pengurusannya meningkatkan pencapaian. Kesungguhan mereka terbukti, antaranya ada sekolah luar bandar menjalin kerjasama pintar dengan sekolah di bandar bagi memacu kecemerlangan akademik dan kokurikulum. 

 Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Ashah Samah, berkata Sekolah Kluster yang menjadi penanda aras kecemerlangan menyeluruh itu memberi suntikan baru kepada pengurusan melakukan yang terbaik. Sebagai contoh, katanya, Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak mengadakan kerjasama pintar dengan komuniti setempat hingga melonjak kecemerlangannya dalam akademik dan kokurikulum. 


Beliau berkata, kesungguhan itu juga membolehkan sekolah berkenaan dianugerahkan Commonwealth Education Good Practice Award 2009. “Sekolah ini meletakkan penanda aras khusus untuk mencapai kejayaan dengan meningkatkan prestasi akademik dan memperkasakan kokurikulum, selain pembabitan ibu bapa dan masyarakat. “Kecemerlangan Sekolah Kluster juga terbukti menerusi rangkaian kerjasama akademik peringkat kebangsaan dan antarabangsa, di samping mempunyai kebitaraan dan kejayaan membanggakan. “Kami kagum dengan kesungguhan pihak pengurusan sekolah terbabit dengan memberi komitmen penuh membabitkan kerjasama semua pihak, termasuk alumni,” katanya kepada Berita Harian. 

Ashah berkata, usaha kerajaan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dengan mengiktiraf sesebuah sekolah mengikut kebitaraan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan. Menerusi fasa pertama dan kedua, katanya, masing-masing 30 sekolah diberi status Sekolah Kluster, manakala 60 lagi dalam fasa ketiga. “Antara syarat pemilihan Sekolah Kluster ialah kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan kemenjadian murid. “Kecemerlangan kepemimpinan sekolah, pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta program inovasi dan kreativiti yang sudah diterokai oleh sekolah. “Bagi kecemerlangan budaya sekolah serta kebitaraan (niche areas), ia membabitkan pelbagai aktiviti antaranya pancaragam, orkestra, rugbi dan pasukan beruniform,” katanya. Ashah berkata, pengukuran pencapaian berbeza mengikut kategori sekolah kerana gred purata sekolah (GPS) untuk Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia dinilai dalam tempoh tiga tahun berturut-turut. 

Beliau menjelaskan penilaian GPS bagi Sekolah Berasrama Penuh (GPS2.5), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (GPS3.5), Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Harian, masing-masing (GPS4.0). Pencapaian sekolah dalam tempoh berkenaan juga katanya, mensyaratkan 80 peratus ke atas pelajar lulus semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah atau kelulusannya menunjukkan peningkatan atau GPS pada paras 2.0. “Dalam memastikan usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dicapai, Sekolah Kluster digalak membantu meningkatkan sekolah lain menerusi pelbagai kaedah. “Sebagai contoh, sekolah berhampiran diberi peluang menggunakan kemudahan sumber di sekolah berkenaan, selain berkongsi kepakaran untuk dimanfaatkan bersama. “Kerjasama ini bagi melahirkan pelajar mempunyai minda kelas pertama, sekali gus melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara,” katanya.

PUTRAJAYA 23 Nov. – Majlis Amanah Rakyat (Mara) melonggarkan syarat kemasukan ke tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun hadapan dengan menetapkan keputusan sekurang-kurangnya 3A, 3B bagi calon Semenanjung dan minimum 3A, 2B, 1C bagi calon di Sabah dan Sarawak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarat kemasukan baharu itu dibuat selaras dengan pengumuman keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini. 

“Walaupun syarat ini dilonggarkan, kita masih memberi ke­utamaan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar serta calon-calon yang bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan sukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Ismail Sabri, ke­utamaan diberikan kepada golo­ngan tersebut sebagai salah satu usaha pihaknya untuk membasmi kemiskinan di samping memacu usaha membandarkan luar bandar. Katanya, langkah itu juga selaras dengan matlamat penubuhan MRSM yang bukan sekadar menyediakan peluang pendidikan tetapi merupakan agen perubahan sosio ekonomi penduduk luar bandar melalui pendidikan berkualiti. 

Penggunaan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor memberi impak positif kepada 289 sekolah kebangsaan di Sabah dalam keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. Sekolah terbabit menggunakan Tutor UPSR dan Tutor English dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memantapkan persediaan calon sejak awal tahun Di Kota Kinabalu, dua calon UPSR Sekolah Kebangsaan (SK) Tansau, 

Nur Ain Sukriman dan Farhah Nadhirah Abdul Rahim memperoleh 6A manakala SK Puun Tunoh pula mencatatkan kelulusan 100 peratus. Daerah Kundasang pula merekodkan sembilan murid memperoleh keputusan 3A, 4A, 5A dan 6A di samping SK Tarawas me­raih keputusan lulus 100 peratus. Pencapaian murid terbanyak yang meraih 3A hingga 6A direkodkan di daerah Kinabatangan dengan jumlah 58 orang terma­suklah dari empat sekolah yang cemerlang iaitu SK Tundun Bohangin, SK Sri Ganda, SK Sapagaya dan SK Abai. Prestasi sekolah di kawasan pedalaman juga membanggakan terutama di daerah Sipitang apabila 21 calon meraih keputusan 3A hingga 6A dan tiga buah sekolah, 

SK Kebawang, SK Ulu Bole dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Boon Sindumin mencatat­kan kelulusan 100 peratus. Empat sekolah dari daerah Sook dan Nabawan, SK Binowou Tengah, SK Kawakan, SK Simbuan dan SK Tulid tersenarai dalam 10 sekolah terbaik bagi kawasan pedalaman. Impak penggunaan Tutor turut melonjakkan SK Binanon dan SK Pohon Batu yang mencatatkan peningkatan keputusan Gred Purata Sekolah (GPS) lebih baik berbanding tahun sebelumnya. 

Secara keseluruhan, sebanyak 333 sekolah rendah dan menengah di Sabah menggunakan 425,000 naskhah Tutor tahun ini. Sekolah-sekolah di Sabah yang ingin melanggan Tutor boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Eksekutif Jualan Utusan Malaysia, Celestina Ubing di talian 012 8020261. 

SAUDARA PENGARANG, KEPUTUSAN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun ini telah diketahui selepas diumumkan pada 17 November lalu. Untuk UPSR kali ini, hanya 1.11 peratus atau 4,896 daripada 452,721 calon mendapat semua A dalam enam mata pelajaran. 

Murid-murid yang berjaya memperoleh keputusan 6A ini memang hebat dan menakjubkan. Untuk rekod, jumlah calon UPSR yang mendapat semua A pada tahun lalu adalah sebanyak 38,344 orang dan jika dibandingkan dengan pencapaian tahun ini, penurunan bilangannya jelas ketara. 

Cuma apa yang saya hendak sentuh dalam FORUM Utusan Malaysia adalah mengenai harapan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka mendapat semua A dalam UPSR tahun ini tidak kesampaian. Lazimnya, apabila masuk sahaja tahun peperiksaan seperti UPSR sebahagian besar ibu bapa sanggup berbelanja lebih untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen sebagai persediaan menghadapi peperiksaan tersebut. Namun, apabila keluar keputusan ada kalanya tidak memihak kepada anak-anak kita. Keputusan yang diperoleh tidak seperti yang diharapkan. Selain calon, antara pihak yang benar-benar kecewa sudah pasti dalam kalangan ibu bapa. Seperti biasa, murid-murid yang gagal mendapat keputusan cemerlang (semua A) akan diberikan kata-kata motivasi terutama daripada ibu bapa. 

Bagaimanapun, tidak kurang juga terdapat ibu bapa yang bertindak memperlekehkan anak-anak mereka disebabkan kegagalan tersebut. Seharusnya, keadaan seperti itu tidak berlaku kerana tempoh pembelajaran kanak-kanak berkenaan masih panjang. Sebab itu, ada benarnya mereka yang mengeluarkan kata-kata: “Tidak mendapat 6A sekarang bukanlah rugi, masih banyak masa lagi untuk memperbaiki keadaan.” Yang pasti, sama ada berjaya atau tidak dalam UPSR kali ini, murid-murid masih mempunyai ruang dan masa untuk memperbaiki pencapaian khususnya untuk peperiksaan awam akan datang. Selepas ini, mereka akan menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan kemudian, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ingatlah, UPSR bukanlah penamat untuk segala-galanya. Tidak semestinya murid-murid yang gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu tidak akan berjaya dalam peperiksaan awam akan datang. Gagal mendapat gred terbaik bukanlah sesuatu yang paling teruk dalam kehidupan. Jadikan kegagalan ini sebagai penguat semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Pada tahun depan, murid-murid tersebut akan ke sekolah menengah dan di peringkat itu setiap daripada mereka dituntut supaya membuat persediaan rapi kerana sukatan pelajaran untuk peperiksaan PT3 lebih mencabar. 


Hakikatnya, anak-anak tetap kanak-kanak dan sebagai ibu bapa, kita harus memberitahu mereka satu perkara mudah iaitu yang lepas usahlah dikenang. Lihat sahaja ke hadapan demi mengharungi masa depan dengan lebih jaya. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting terutama untuk mengembalikan semangat mereka untuk terus belajar. Jangan terlalu memberi tekanan kepada anak-anak disebabkan gagal mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, baru-baru ini. Bagi saya pendidikan menyeluruh adalah lebih penting. 

Pendidikan ini merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan seseorang pelajar. Selain akademik, mereka perlu terlibat dengan aktiviti sukan dan persatuan. Mereka juga perlu diajar tentang akhlak mulia dan nilai moral yang tinggi. Hasil daripada pembabitan dalam bidang kokurikulum di samping mempunyai akhlak yang mulia serta tahap akademik yang baik, sudah tentu pelajar yang bakal dilahirkan lebih seimbang dalam segenap aspek. 

Dengan kata lain, hanya bergantung kepada keputusan peperiksaan semata-mata adalah tidak mencukupi apatah lagi ini hanya di peringkat UPSR. Walau apa pun pencapaian yang diperoleh, kita sewajarnya memberikan ucapan syabas kepada semua murid yang telah menduduki UPSR berikutan standard dan kualiti peperiksaan itu yang semakin tinggi. Jangan perlekehkan mereka, sebaliknya bantulah murid-murid terbabit untuk menempa lebih banyak kejayaan dalam peperiksaan awam akan datang. 

AZIZI AHMAD 
Segambut Luar, Kuala Lumpur 

SAYA ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) kerana melonggarkan syarat kemasukan tingkatan satu ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Memang kita sedia maklum setiap kali ada perubahan baharu dalam sistem pendidikan negara, pasti bermacam ragam dan kerenah dirakamkan khususnya dalam kalangan murid yang cuba menyesuaikan diri. 

Sesuai dengan impak keputusan UPSR tahun ini, harapan ramai murid untuk memasuki tingkatan satu di sekolah berasrama penuh yang mulanya difikirkan sudah malap kembali cerah hasil pengumuman Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu. Dengan sekurang-kurangnya 3A 3B di Semenanjung Malaysia dan minimum 3A 2 B 1C untuk murid di Sabah dan Sarawak sudah membolehkan mereka memasuki MRSM tahun hadapan. 

Kelonggaran ini akan membuka peluang luas kepada murid yang gagal mencapai sasaran 6A khususnya daripada keluarga susah dan berpendapatan rendah di luar bandar. Saya berharap sekolah berasrama penuh lain juga akan memberi sedikit kelonggaran untuk kemasukan tingkatan satu 2017 seperti mana diumumkan Mara dan MRSM. BONDA MENGHARAP Kuala Selangor 

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan digantikan dengan ujian berasaskan pentaksiran. Keputusan menyokong cadang­an Kementerian Pendidikan itu dicapai sebulat suara membabitkan 73 ahli Exco NUTP dalam Mesyua­rat Ahli Majlis Kebangsaan NUTP Ke-9 yang diadakan hari ini. Presidennya, Kamarozaman Abd. Razak berkata, langkah itu juga diambil bagi mengelakkan pelajar tertekan dengan keputusan akademik semata-matanya dan mahu penilaian dilaksanakan berdasarkan pencapaian sebenar golongan tersebut. 

“Kami setuju dengan saranan UPSR dimansuhkan dengan syarat Kementerian Pendidikan merujuk kepada NUTP apabila kajian telah dilakukan. “NUTP akan bersama-sama untuk membantu bagaimana UPSR dimansuhkan selain membuat penambahbaikan terhadap pentaksiran berasaskan sekolah supaya ada instrumen yang dapat membantu guru-guru ke arah kecemerlangan murid,” katanya dalam sidang akhbar mengenai isu UPSR di sini hari ini. Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan memuktamadkan sama ada memansuhkan UPSR atau sebaliknya pada tahun depan. Menurut beliau, cadangan tersebut masih dalam proses perbincangan di peringkat kementerian selain dipertimbangkan dengan mengambil kira pandangan ahli akademik tempatan, modul-mo­dul luar negara yang diketengahkan seperti Perancis, Finland dan Korea Selatan dan agensi berkaitan se­lain guru-guru berpengalaman di sekolah. Mengulas lanjut, Kamarozaman berkata, NUTP juga akan menjalankan beberapa kajian berhubung perkara itu dan akan mengemukakan kepada kementerian. 

Selain itu, katanya, tindakan bersetuju dengan cadangan pemansuhan itu dibuat atas keputusan NUTP sendiri tanpa mendapat maklum balas daripada ibu bapa namun percaya pandangan itu turut dikongsi oleh kebanyakan golongan itu berdasarkan maklum balas daripada mereka terdahulu. “Walau bagaimanapun, keputusan untuk memansuhkan UPSR bukan bermaksud pelajar tidak akan dinilai langsung, mereka malah akan ada penilaian khas seperti ujian berasaskan pentaksiran di sekolah masing-masing,” katanya. 

Dalam pada itu, Kamarozaman juga memohon Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Kurikulum Kementerian Pendidikan untuk mendedahkan kepada umum mengenai skema pemarkahan termasuk cara pemarkahan atau pemberian gred dilakukan untuk UPSR bagi menangkis tanggapan umum berikutan keputusan peperiksaan yang dilaporkan menurun pada tahun ini. “Masyarakat melihat kualiti pengajaran dan pembelajaran guru seolah-olah keputusan peperiksaan itu menggambarkan prestasi guru. 

Di peringkat sekolah, kita mengenal pasti prestasi murid kerana kita ada data dan pemarkahan yang tepat tetapi berbeza dengan UPSR, guru-guru tidak tahu mengenai skema markah tersebut. Jadi apabila keputusan peperiksaan itu keluar, guru dipersalahkan,” katanya. 

SATU penyakit yang menghantui remaja sekarang adalah sikap putus asa atau cepat mengalah. Apabila gagal dalam percubaan pertama, sudah mengangkat bendera putih tanda sudah kalah. Sebagai contoh keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini yang gagal memperoleh sebarang A, mereka sudah merasakan diri lemah, dilahirkan sebagai orang yang tidak bijak dan tidak mahu berusaha untuk peperiksaan akan datang lantas menyerahkan kepada takdir. Sikap ini harus dijauhi oleh remaja. Islam mengajar umatnya agar tekun berusaha dan selebihnya bertawakal kepada Allah SWT. Namun Islam tidak menganjurkan umatnya berputus asa dan hanya mengharapkan maghfirah daripada Allah SWT semata-mata. 

Selain sikap berputus asa, sikap malas juga melanda remaja. Sikap malas ini pastinya adalah musuh bagi orang yang berjaya. Sikap ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, malas mendengar, malas berfikir dan malas bertindak. Malas mendengar nasihat orang lain, malas mendengar apa yang guru ajar di sekolah, malas mendengar ceramah-ceramah agama di masjid, malas mendengar perkara-perkara yang baik dan malas untuk berfikir hatta pada perkara yang mudah. Remaja yang sudah berpu­tus asa seringkali me­nyerahkan kepada nasib dan takdir. Hakikatnya sindrom inilah akan memandulkan otak remaja dari-
pada berfikiran kreatif, inovatif dan berwawasan. Profesor Datuk Dr. Syed Hussien Alatas ada menulis dalam bukunya The Captive Mind menyebut tentang sikap ‘bebalisme’. Bebalisme ini bukannya merujuk kepada bodoh, bangang atau apa jua menunjukkan kebingungan tetapi sindrom malas berfikir dalam kalangan remaja yang perlu diatasi supaya mereka bertindak lebih kreatif, berfikiran kritis dan inovatif dalam mencapai matlamat hidup. Malas berfikir dan bertindak ini turut dipengaruhi suasana pergaulan. 

Suasana pergaulan yang tidak dibatasi oleh syariat akan mengheret remaja ke kancah gejala sosial. Pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan remaja mempunyai kesan dalam me­ngubah hidup seseorang remaja. Apabila tersilap langkah dengan memilih kawan yang rosak, tidak mustahil remaja tersebut juga terikut-ikut jejak langkahnya. Maka cubalah sebolehnya remaja dapat memilih rakan yang baik, yang soleh yang boleh memandu kepada jalan kebenaran. Sebagaimana firman Allah SWT: “Sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, maka hendaklah kamu ikutinya dan janganlah mengikuti jalan-jalan lain, kelak akan porak-peranda kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan kepadamu agar bertakwa.” (Al-An’am, 6:153) Justeru, apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi remaja mithali seterusnya berjaya dalam hidup? Pertama pemikiran dan minda remaja perlu dicorakkan bagi memastikan kelangsungan pembangunan dan kemajuan negara. Kapasiti intelektual mereka perlu dijana sepenuh­nya. 

Dalam membentuk model mithali remaja, anjakan paradigma diperlukan bagi membolehkan mereka memahami, menghayati dan mengamalkan kepentingan serta ketinggian falsafah ilmu. Budaya pembelajaran sepanjang hayat, cintakan ilmu dan budaya iqra’ yang melibatkan proses mental yang tinggi hendaklah disemaikan ke dalam minda remaja yang adalah pewaris kebanggaan bangsa dan agama. Begitu juga dengan masa remaja sepatutnya mereka sebanyak mungkin mencari pengalaman untuk persediaan menempuh dunia yang lebih mencabar. Dunia hari ini tidak mempertaruhkan keperkasaan tetapi ketajaman fikiran untuk menentukan untung nasib seseorang. Tumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian dan sentiasa mempertingkatkan kemahiran insaniah seperti cara berkomunikasi dengan penuh beradab dan membina sahsiah diri yang terpuji. Imam Syafie R.A ada menyatakan bahawa: “Kamu tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan enam syarat: kecerdasan, semangat waja, rajin dan tabah, berkemam­puan, bersahabat dengan guru dan waktu yang lama.” Selain itu, keutuhan dalam aspek kerohanian juga perlu diberi perhatian. Ketajaman minda sahaja tidak cukup tanpa dipandu oleh nilai-nilai sahsiah agama yang dapat mendidik jiwa dan memandu remaja menjadi insan ­berakhlak. Pembangunan intelektual yang tidak diiringi dengan kekudusan rohani akhirnya akan melahirkan robot-robot yang begitu bijak di dalam menganalisis segala pengkajian dan maklumat tetapi realiti kosong jiwanya. Sabda Rasulullah: ”Sesempurna keimanan dalam kala­ngan kamu ialah mereka yang indah akhlaknya.” 

Ironinya, bekalan terbaik buat remaja untuk menjadi individu mithali dan contoh cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat adalah kepercayaan dan kepatuhan kepada Yang Maha Pencipta. Ini selaras dengan nasihat Luqman al-Hakim yang adalah mutiara berharga untuk dijadikan pusaka bermakna dalam kehidupan insan. Katanya, “Sesungguhnya kehidupan kita ini ibarat sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah ramai manusia yang karam di dalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, muatannya iman sedang layarnya pula adalah tawakal kepada Allah SWT.” Oleh itu, jati diri adalah benteng pertahanan kepada diri remaja. Benteng ini dibina daripada asas akidah yang mentauhidkan Allah dan Rasul. Apabila robohnya benteng pertahanan dalam diri remaja, sudah tentu ia akan mudah terpengaruh dengan dakyah dan ancaman daripada pihak yang sedang berusaha memesongkan akidah pegangan kepercayaan terhadap Islam. Justeru, tidak hairanlah ada dalam kalangan remaja Islam telah hilang keyakinan dan keimanan mereka kepada Islam. Kita tidak mahu remaja kita longlai, lembab tidak bermaya tetapi kita mahu lahirnya remaja yang bersemangat waja, berwawasan dan sihat. 

Sebagai remaja berpotensi mereka harus menjauhi penyakit malas, mudah berputus asa, cepat mengalah dan perkara-perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan sebagainya. PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.